Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dengan inisiatifnya telah menubuhkan PKG Tambun Tulang pada 16 Disember 1993. PKG Tambun Tulang pada mulanya terletak di dalam SK Tambun Tulang yang melibatkan penggunaan2 buah kelas. Kemudian pada tahun 2000 PKG Tambun Tulang telah diiktiraf secara rasmi oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. Pegawai pertama yang bertugas sebagai Penyelaras PKG ini ialah En Azizan bin Osman dari tahun 1993 sehingga 1996 dibantu oleh En Azmi bin Abdullah. Kemudian, diteruskan oleh Tuan Hj Silahhudin b Salleh dari Januari 1999 sehingga Disember 2000. Dari Januari 2001 sehingga Februari 2005 PKG Tambun Tulang diuruskan oleh En.Azmi Darus. Bermula dari awal tahun 2005 PKG Tambun Tulang telah berpindah ke bangunan baru yang terletak didalam kawasan SMK Syed Ahmad dibawah penyelaras yang baru, En. Shaiful Hizam bin Mohamed Ali sebagai PTP1 dan dibantu oleh En. Mohamad Affandi b Ahmad sebagai PTP2. Membuka tirai 2007 PKG En. Mohd Nasir b Md Isa telah mengambil alih tugas PTP1. En Mohd Yusran telah mengambil alih tempat En Mohd Affandi yang telah bertukar mulai Jun 2008.
No comments:
Post a Comment